KRK


PENGENALAN KELAS RANCANGAN KHAS SMK BANDAR TASIK PUTERI

SMK Bandar Tasik Puteri adalah salah sebuah sekolah daripada lima buah sekolah yang terpilih di daerah Gombak melaksanakan program Kelas Rancangan Khas (KRK) Selangor. Kelas pertama Tingkatan 1 Rasional (Kelas Rancangan Khas) yang dibuka pada tahun 2005 menempatkan 30 orang pelajar yang mendapat keputusan UPSR 5A dan 4A 1B. Pada tahun 2006, sekolah telah membuka sebuah lagi kelas RK bagi menampung 21 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2005. Namun sehingga 31 Julai 2006, pelajar RK SMK Bandar Tasik Puteri bagi Tingkatan 1 dan 2 adalah seramai 45 orang kerana ada sebilangan pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM dan sebagainya.

Namun demikian, senario ini bukanlah satu ancaman kepada sekolah memandangkan kelas ini semakin mendapat sambutan dan pilihan daripada ibu bapa pelajar untuk menempatkan anak mereka dalam kelas rancangan khas.Pelbagai program dan agenda khusus dirancang untuk dilaksanakan bagi memastikan program KRK negeri Selangor ini berjaya mencapai visinya. SMK Bandar Tasik Puteri juga mempunyai barisan guru yang berpengalaman dan komited dalam tugas masing-masing. Kerjasama daripada ibu bapa pelajar RK juga menjadi tulang belakang kepada perlaksanaan program yang dirancang terlaksana dengan lancar dan jayanya. 
 
Faktor inilah yang membantu kejayaan program RK SMKBTP dapat dilaksankan sehingga ke hari ini. Semoga Kelas Rancangan Khas SMK Bandar Tasik Puteri terus maju setanding dengan ethos sekolah iaitu “Be The Best, Do The Best, Give The Best”.